Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, May 23, 2009

special days in May...

i think it's a little bit late for me to make some acknowledgment of some of the special days in May.

10th May : Mothers' Day (a great relief as i was able to be at home, regardless of the workload that was abandoned by me in kuantan. haha)
12th May: Nurses' Day (unable to wish the staffnurses at the hospital. MC ~sigh)
22nd May: My 23rd birthday (shamelessly announcing my age. hihi. certainly don't have any idea why women are so sensitive to expose about their own age. hmmm.)

my roommates' brithdays: Mary (5th May), mona (23rd May). happy belated birthday my dear sisters! ^_^

mona and her story about the measuring tape
i was touched when i read her recent entry. perihal measuring tape. masih ingat lagi kata-kata pak ungku di pulau kapas. our average life span is about 63 years old (same with the length of a measuring tape). if i am about to calculate it, approximately, about 40 years left for me to do good deeds on this earth (itupun kalau tak mati di zaman muda ~just like what had been mentioned by mona). if other people celebrate their birthday with happening parties, i would rather step back, be alone and ponder upon all the wrongdoings that i had done for the past 23 years.


how great a woman is...
though it may a little too late, i still would like to wish:
  • Happy Mothers' Day to all moms
  • Happy Nurses' Day to all nurses
p/s: hoping that i can be a really good mom n a good nurse as well in the future (say no to grumpy nurses in hospital! yeah!)

Sunday, May 17, 2009

'ibrah di sebalik kesakitan...

SOB (shortness of breath) on my first day in A&E...
it was my first day. macam biasa, monday sickness (homesick n tak bersemangat nak kerja. huu) ditambah pulak dengan my early symptoms of fever. start dengan batuk-batuk sejak malam sebelumnya. then, suhu yang terlampau sejuk di A&E worsen my condition. mula rasa sesak dada n terasa lemah seluruh badan. bila pegang dahi, terasa panas. alamak, memang dah demam ni! cuba jugak menggagahkan diri buat kerja-kerja yang simple. ambil vital signs, tolong staffnurse cucuk IM voltaren, n labelling the blood samples. time rehat, mula rasa abdominal pain (gastritis, sebab tak makan apa-apa sejak pagi). malu nak mengerang kesakitan di ward, aku menyorok kat restroom (huhu. memang tragis! nangis sorang-sorang sambil diperhatikan sorang budak perempuan yang nak ambil urine sample. ~kantoi la pulak). sampai kat rumah, makan tablet PCM 2 biji then try to have a rest. malamnya, tidur dengan hajar kat ruang tamu (rasa stuffy sangat dalam bilik n takut ganggu roommates sebab batuk tak berhenti). i failed to have a nice n plesant sleep. every 15 minutes terjaga n rasa sesak dada. sekejap menggigil, n sekejap rasa panas macam dalam oven.

MC jugak akhirnya...
this is the last thing that i plan to have. (tak mau ambil MC sebab malas nak ganti balik. hu~). pergi ke hospital as usual. siap pakai unifrom. haha. tak tau nape rajin sangat pakai uniform. then, pergi ke triage, waiting for the MA (Medical Assistant) to arrive. dah melepek dah kat triage tu. dengan sabarnya menanti with another patient that develop asthma. when the MA arrived...

MA: "dah berapa hari demam dik?"
me: "2. batuk, selsema, demam, diarrhea, headache (list out everything utk mudahkan MA tu buat clerking)
then, MA tu check my vital signs.
BP: 98/59
SPO2: 98%
PR: 54
Temperature: 39.3!!!!!!

MA: "tinggi ni dik. abang ambil darah ye?"
me: "taknakla"
MA: "masukkan air, nak?" (means kena masuk jarum branulla yang besar n kena stay lama kat ward sampai habis satu pine Normal Saline)
me: "tak maula"
MA: "la, habis tu?"
me: "saya nak jumpa doctor je. mintak MC. nak rehat kat rumah." (paksa diri untuk senyum)
MA: "ok. tapi makan PCM ni dulu, tau"

hihi. customer's right. dapat MC sehari. rehat dengan bahagianya di rumah (walaupun tak bahagia sangat sebab tak dapat balik rumah sebenar. hu~).

'ibrah di sebalik kesakitan yang dialami...
terngiang-ngiang kata-kata ust hasbullah (my fav ungs lecturer!). "kalau kita ditimpa musibah, dosa-dosa kecil kita akan dihapuskan. kalau kita tambah dengan kesabaran, boleh dapat extra, iaitu pahala." aku cuba untuk tidak mengeluh. terasa kerdil n lemah yang teramat bilamana Allah tarik semula nikmat sihat yang dikurniakan, yang mungkin telah lama aku kufuri. astaghfirullah.

terasa serba salah juga kat adik-adik jr serumah yang susah-payah menjaga aku, tapi aku pulak lebih banyak mendiamkan diri. rasa dosa pada Tuhan membungkam perasaan sehingga hilang minat untuk beramah mesra (maaf ye adik2!). syukur di atas musibah ini, tanda aku masih dalam pemerhatianNya. alhamdulillah ^_^

Saturday, May 9, 2009

Mentally ill clients...

baru one week, since we left the psychiatric ward in HTAA but i had already missed all the sweet memories that we had after two weeks 'mingling' with the mentally ill clients. an unforgettable excitement that i don't think i can find it anywhere else on this earth (again...exaggerate! huhu)

how much do i know about methadone?
to be frank not much. all i ever know that it is an opiate group of drug used to replace the drug addicts 'addiction' towards other dangerous drugs (commonly, the heroin). i was actually a bit confused, why this methadone unit is placed in the psychiatric department anyway. my assumption (tak tau betul ke tak. hihi): most of the drug abusers will later develop mental problem (e.g: psychosis, schizophrenia). hmm, out of 59 methadone users, only 5 are non-Muslims. the rest, our young Malay Muslims. *sigh*

a testimony from a client that i met there, "dia (refers to methadone) punya 'kick' dik, memang sama macam heroin. laklok sekejap, lepas tu ok. boleh buat kerja macam biasa. hidup abang pun dah lebih terurus sekarang ni. dulu masa ambil heroin, satu kerja pun tak jalan. dalam seminggu, boleh kira berapa kali abang mandi."

i miss them...
hmm, i felt like words cannot express how grateful i am to meet those patients. these are among my favourite patients (jahat sungguh! i shouldn't be biased. heeee)

1. Mr HH
25 years old, diagnosed with schizophrenia. he was admitted due to EPS. what i like about him the most is he is such a nice guy. tak jemu-jemu bagi salam whenever he met us (the IIUM students). siap tunduk-tunduk lagi bila lalu depan kitorang. aduhai, sungguh sopan! not to forget his tarian 'mintak hujan' (ni kitorang gelar sendiri, sebab memang penuh aksi n ada unsur-unsur silat sikit. hihi).

among all the male patients, apparently i would rather say that he is the most 'islamic' one (just because he mentioned that his hobbies are: dengar ceramah-ceramah agama, baca al-Quran dan berpuasa. ^_^). plus, he is so obsessed with wudhu' (siap bertekak dengan sorang student - as he claimed Allah suruh ambil wudhu' setiap waktu)

me: "kenapa HH suka ambil wudhu'?" (i asked sebab tengah2 bersenam dia boleh berhenti, n pergi paip berdekatan untuk ambil wudhu'. pelik??hmmm??)
HH: "sebab bila ambil wudhu' saya akan rasa tenang. kalau saya rasa runsing, saya akan ambil wudhu' dan hati saya akan rasa tenang" (he does have a point!)
me: "apa yang selalu membuatkan HH runsing?"
HH: "keluarga saya susah, adik-beradik ramai. saya risau pasal keluarga saya...bla.. bla.."

so sweet. masih lagi risaukan keluarga walaupun dalam keadaan yang sebegitu. part paling menarik about this guy, was when i joined them in 'terapi lukisan', one of the ways for the patients to express themselves.

trainer: "HH, masa awak kat johor dulu awak ada masuk mana-mana pondok ke?"
HH: "tak pernah, saya hanya suka dengar ceramah-ceramah agama"
trainer: "ceramah-ceramah tu siapa yang bagi?"
HH: "orang-orang PAS"
trainer: "HH, habis tu, awak ni orang PAS la ye?"
HH: " ya, saya orang PAS. Allahuakbar!" (sambil angkat tangan kanan dengan penuh semangat. ^_^)

2. Pakcik Manja
His name memang manja, bukan gelaran. memang baik n selalu jadi patient yang paling happening bile time rehab. (i almost cry bila pakcik manja discharged, sebab tak sempat nak buat sukaneka dengan dia sekali).

3. Pakcik B
cool. one word that describe him the best. memang cool. ala-ala leader among the patients. tapi tak tahan nak ketawa bila dia start bukak cerita pasal kontrak puluhan juta yang dia handle (grandiose delusion). siap tuduh polis tersilap bawak dia masuk ward. huhu.

adik comel??
K.A. 29 years old, diagnosed with bipolar mood disorder. suka panggil aku adik comel (as he claimed dia teringat kat adik dia bila tengok aku.. haha). paling tak larat bila dia menyanyi lagu2 jiwang dengan penuh ekspresi depan aku (nasib baik diselamatkan oleh chee kiong- my saviour of the day). i presented his case depan sr shikin. memang menarik pun dia punya history. pernah jadi polis, n pernah involved with ganja. hmm...

a lesson with Dr Ramli...
Dr Ramli: "apa yang awak dapat daripada saya punya interview dengan patient td?"
me: "he got hallucination? sebab dia ade mention dengar suara binatang, suara lelaki n perempuan.."
Dr Ramli: "ok, how did i start the conversation?"
me: "erm....dr tanya dia 'ada rasa apa-apa gangguan tak'?"
Dr Ramli: "good. (nasib baik tak berangan time die interview patient td. fuh.) but, why?"
me: " open ended question. sebab gangguan (hallucination) banyak jenis. nak biar patient describe dulu gangguan macam mana yang dia rasa"
Dr Ramli: "exactly. bila patient tak boleh nak jawab, baru saya akan narrow kan question tu. 'ade dengar suara?'. like you mentioned hallucination banyak jenis, auditory, tactile, visual, etc. dalam lecture dah belajar kan?"
me: nodded...
Dr Ramli: "lagi...symptom lain? the way he talked?"
me: "urm...macam slurring speech sikit. early sign of EPS??" (menembak dengan tanpa segan silu di hadapan students kolej lain. huhu)
Dr Ramli: "betul. that's why u kena check patient ambil ubat apa."

dispersed. thanks to him that he taught us a lot. kalaulah semua doktor pun macam dia (takkanku berhenti berharap..huhu)

banyak lagi kisah-kisah menarik sepanjang kat ward psychiatric ni. setiap saat bersama patient ada je benda-benda pelik yang aku tak pernah encounter pun sebelum ni. sampaikan lenguh rahang mulut sebab tak tahan nak ketawa tengok gelagat-gelagat patients. a very meaningful fortnights in HTAA... my next destination... A&E (cuak!)

Tuesday, April 28, 2009

Community Service in Sik

It was such a hectic program but yet so memorable. the 'long' journey to Sik, Kedah was very interesting indeed, though i could hardly opened my eyes (a very nice and pleasant sleep along the ride.hihi.)

subhanallah...the breathtaking view, the fresh air and the cool, crystal clear water...

'Kak' Su
the opening ceremony was held a day earlier than we planned, digabung sekali dengan majlis penyerahan anak angkat. Suriana Ariffin was announced as my foster sister and Mek Rahmah as my new 'mak'. hmm, maka bermulalah konflik diri lantaran terpaksa memanggil 'mak' baru sebagai mak. huhu. hati kecilku meraung-raung berkata, "i only have one 'mak'". "takpe2..ikhlaskan hati ye humm",trying to console myself. luckily 'Kak' Su was there, acting as a very caring and responsible elder sister to me (walaupun umur Su muda beberapa bulan dari aku. hihi. perasan muda sebentar)

Kisah kopi dan jering
bau semerbak handmade coffee kg jelutong berjaya menarik minat aku yang sememangnya coffee maniac. "suka la 'mak', kopi ni wangi, sedap sangat2", aku memuji. since i made this statement, almost every dining time, we were served with coffee. huhu. cuak jugak kalau-kalau balik ni ada kidney problem. 'Kak' Su yang gilakan jering pun sama jugak. Malu jugak sebab tak kenal pun jering tu on the first place ^_^. Jering dan petai menjadi menu utama setiap hari. (cuba sedaya-upaya menelan dengan penuh nikmat jering-jering dan petai-petai itu, tetapi gagal aku kecapi 'kenikmatan' itu. hihi). walaupun sambal yang super pedas tu berjaya diharungi oleh lidahku yang nipis, ternyata sistem pencernaan yang agak sensitif tidak mampu menahan. maka, aku ber'puasa' sambal sepanjang di sik. *sigh*

Trio di Sekolah Kebangsaan Chepir
kerinduan pada kanak-kanak cilik terubat juga. kat rumah, we were all alone with 'mak'. 'Kak' Su, Nuruddin and me were the mass speakers. bergilir-gilir untuk handle 3 main slots of the program, with the main objectives untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak sekolah tu n menyentuh gejala-gejala sosial yang berleluasa (minum air daun ketum, merokok, tonton video lucah, etc. ~huh)

during my session (Ke Mana Hala Tujuku)...
adik Hanis ke atas pentas, membaca tugasan yang aku berikan.

"dalam masa 15 tahun akan datang, saya adalah seorang tentera udara yang gagah perkasa. isteri saya adalah seorang pekerja kilang. saya sudah memiliki sebuah kereta BMW. Isteri saya sedang dalam pantang melahirkan anak bongsu kami.."

huhu. very spesific. nak ketawa pun ada (actually dah terbahak-bahak dah pun aku kat atas pentas tu). part paling mengharukan, bila adik Hakim menangis sewaktu sesi muhasabah. terasa diri aku pun di'muhasabah' bersama. terbukti, kanak-kanak ini masih lagi suci dan lembut hati dan kitalah (orang-orang yang lebih dewasa) yang bertanggungjawab to mould them. the best session ever in this Baksis program (for me la..)

Si Kembar Empat

nabilah, nabihah, shikin n me

aku mula approach Nabilah n Nabihah (kembar seiras) waktu sukaneka. then, aku panggil Shikin untuk borak-borak with the cute little girls bila 'mak' panggil balik untuk minum petang. i love to call the four of us (shikin, nabilah, nabihah n me) as 'si kembar empat'. hihi. Alhamdulillah, hari kedua, the girls dah pakai tudung (cute sangat). surely i'm going to miss them much.


Words of wisdom by YB Mat Isa
memang musuk qalbu bila YB Mat Isa mula berbicara. terasa zuqq sangat-sangat when the true leader speaks. banyak 'ibrah yang boleh diambil. tak terbalas rasanya budi baik, layanan mak dan ayah angkat yang kami terima sepanjang keberadaan di sik. i burst into tears when he did mentioned about the true life of the villagers. hidup dalam serba kekurangan tapi masih kaya dengan nilai-nilai murni. kita??

Friday, April 17, 2009

Masterpiece :)

i specially designed this for my friends in IIUM Gombak. other designs available can be viewed at our new site http://cutiecuppies.blogspot.com



Wednesday, April 15, 2009

ehem...ehem...

pada satu hari yang indah...

si A: "awak, habiskanlah waffle tu, tinggal sikit je lagi"
me: "eh, takpelah. awak habiskanlah ye. nk suami soleh tak?...hihi" aku cuba mengelak sebab dah terlampau kenyang.

tipikal kan? bila habiskan the last piece of the food memang boleh dapat suami soleh ke? tak taula tahap kebenarannya, but it had turned into a trend among my friends in IIUM. sampaikan sanggup berebut, nak ambil berkat suapan yang terakhir dengan harapan dan doa untuk dapat suami yang soleh lagi musleh (juga mampu men'soleh'kan isteri).

si A: "ala..takutla. taktau sape yang jadi suami kita nanti. nak carik yang soleh la..."
me: "kalau nak dapat yang soleh, kena la jadi solehah dulu. (senyum). takpe, doa banyak-banyak"

zup! aku terpukul dengan kata-kata sendiri. alamak, dahla aku tak solehah! huhu. anyway, tq friend for bringing up this issue ~ a very good reminder for myself.

KEKUATAN DOA + USAHA
if we were aiming for good grades in exam, for surely we will work hard towards achieving it. sanggup berkorban waktu tidur (stay up), sanggup korbankan waktu berehat dan berhibur dan sanggup bangun malam untuk solat hajat (walaupun dalam bukan fatrah exam siap solat subuh dinasour lagi ^_^)
kalau nakkan suami soleh, macam mana pulak ye?

1. doa sebagai senjata, yakin dengan janji Allah...

"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. mereka itubersih dari apa yang dituduhkan orang. mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia" (An-Nur: 26)


2. usaha yang berterusan...

kalau nakkan suami yang bijak, kita sendiri kena usaha untuk jadi orang yang bijak. kalau nakkan suami kuat beribadat, kita pun kena usaha untuk banyakkan amal ibadat. kalau nakkan suami yang penyayang, kita sendiri kena jadi orang yang penyayang. teori mudah, kalau mahukan suami yang bagaimana-bagaimana sekali pun, kita sendiri yang kena kuat berusaha untuk miliki semua ciri-ciri yang kita impikan. GIRL POWER!! (takde kaitan pun.hihi)


"RUMAH" UNTUK ANAKKU
semua orang pun pastinya mengimpikan untuk dapat zuriat yang soleh/ah, yang boleh menjadi mata rantai perjuangan, etc. macam mana pulak nak berusaha ke arah ini?

for me, proses pentarbiahan anak-anak dah sepatutnya bermula sedari seorang wanita itu baligh (yup, even before she found her mr right!). without we realize, we are actually carrying a temporary "home" for our children, i.e. rahim a.ka. uterus.

"rumah" inilah yang akan menjadi tempat pertama anak-anak kita akan menerima corak proses pentarbiahan si ibu dan si bapa. pastinya kita mahukan anak kita berada di dalam "rumah" yang cantik, selesa dan penuh ke'izzahan.

so, girls (a reminder for me as well)...
ingatlah yang kita semua tengah mengusung "rumah" untuk anak-anak kita nanti. nakkan "rumah" yang cantik, berseri dan bahagia? maintainance kena la tinggi jugak kan? i.e. in the form of zikr, doa, dan selalu ingat setiap perbuatan, perilaku, perasaan, pemikiran kita pastinya akan tercalit pada rumah yang sedang menanti penghuninya itu.

p/s: i still can't believe that i am actually writing about this issue. huhu

Wednesday, April 8, 2009

Syukur...ALHAMDULILLAH

12.40 pm, kak dibah selamat melahirkan baby boy (akhirnya yusuf ada kawan kat sabah nanti..hihi). my second nephew... pity them (k dibah n abg man) sebab takde family terdekat kat sana. huhu. i wish i can be there for them.

that is actually the second good news during my study vacation at home. heee.
the first one, just read the rest of the news.


The real message from the Perakians.
(Source: Berita Harian Online, 8th April 2009)


Pas pertahan Bukit Gantang, PKR menang Bukit Selambau

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, masing-masing kekal menguasai kerusi DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang, dalam tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak semalam.

Dalam pertandingan satu lawan satu di DUN Batang Air, calon BN, Malcom Mussen Lamoh menewaskan calon PKR, Jawah Gerang dengan majoriti 1,854 undi, lebih besar berbanding majoriti 806 undi yang diperoleh BN di kerusi itu pada pilihan raya negeri 2006.

Mussen, 49, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi, manakala Jawah , 55, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, mendapat 2,053 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Batang Air, Nelson Mujah Girie, di pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Lubok Antu, Sarawak, pada jam 7.45 malam tadi.

Di TAIPING, Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi, lebih besar berbanding majoriti 1,566 undi diperoleh Pas pada pilihan raya umum tahun lalu.

Mohammad Nizar, 52, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang dan bekas Menteri Besar Perak, memperoleh 21,860 undi, manakala Ismail, 49, mendapat 19,071 undi. Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, hanya menerima 62 undi, sekali gus hilang wang deposit.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bukit Gantang, Datuk Mahmod Morsidi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, jam 9.40 malam.

Di SUNGAI PETANI, kerusi DUN Bukit Selambau yang pertama kali dalam sejarah pilihan raya menyaksikan pertandingan 15 penjuru, kekal dikuasai PKR apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, juga lebih tinggi berbanding majoriti 2,362 undi diperoleh V Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008 sebelum menyertai PKR.

Manikumar mendapat 12,632 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan, 49, yang juga bekas Adun Lunas dan Timbalan Pengerusi MIC Kedah, memperoleh 10,229 undi.

Semua 13 calon Bebas di Bukit Selambau juga hilang wang deposit dengan Abdul Rahim Abu, 49, memperoleh 60 undi; Husaini Yaacob, 44, (257); Mej (B) Anuar Abd Hamid, 58, (528); Radzi Md Lazim, 54, (25); Khamis Awang, 32, (29); Mohd Fazil Wahab, 38, (83); S Moganakumar, 43, (46); M Vaneson, 34, (32); L Sarala, 33, (49); T Chandrarajan, 40, (73); R Loganathan, 43, (31); Tan Hock Huat, 46, (78) dan A Jayagopal, 57, (35).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I, pada jam 10.45 malam.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan penyandangnya, V Arumugam dari PKR meletak jawatan Adun dan Exco negeri pada 9 Februari lalu.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Air pula diadakan berikutan kematian penyandang masing-masing, Roslan Shahrom dari Pas pada 9 Februari lalu dan Datuk Dublin Unting yang juga Menteri Muda Pertanian Sarawak, pada 24 Februari lalu.

DUN Batang Air mempunyai 8,006 pemilih berdaftar dengan peratusan keluar mengundi semalam meningkat kepada 75.32 peratus, berbanding 73 peratus pada pilihan raya negeri 2006, manakala hanya 70.28 peratus daripada 35,140 pengundi di DUN Bukit Selambau keluar mengundi, berbanding 73.76 peratus pada pilihan raya umum 2008.

Parlimen Bukit Gantang pula mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan peratusan keluar mengundi semalam juga meningkat kepada 75 peratus, berbanding 72.65 peratus pada pilihan raya umum tahun lalu.

Proses pengundian tiga pilihan raya kecil itu bermula 8 pagi dengan sesetengah pusat pembuangan undi DUN Batang Air ditutup seawal jam 11 pagi, manakala DUN Bukit Selambau serta Parlimen Bukit Gantang ditutup pada jam 5 petang.