Tuesday, April 28, 2009

Community Service in Sik

It was such a hectic program but yet so memorable. the 'long' journey to Sik, Kedah was very interesting indeed, though i could hardly opened my eyes (a very nice and pleasant sleep along the ride.hihi.)

subhanallah...the breathtaking view, the fresh air and the cool, crystal clear water...

'Kak' Su
the opening ceremony was held a day earlier than we planned, digabung sekali dengan majlis penyerahan anak angkat. Suriana Ariffin was announced as my foster sister and Mek Rahmah as my new 'mak'. hmm, maka bermulalah konflik diri lantaran terpaksa memanggil 'mak' baru sebagai mak. huhu. hati kecilku meraung-raung berkata, "i only have one 'mak'". "takpe2..ikhlaskan hati ye humm",trying to console myself. luckily 'Kak' Su was there, acting as a very caring and responsible elder sister to me (walaupun umur Su muda beberapa bulan dari aku. hihi. perasan muda sebentar)

Kisah kopi dan jering
bau semerbak handmade coffee kg jelutong berjaya menarik minat aku yang sememangnya coffee maniac. "suka la 'mak', kopi ni wangi, sedap sangat2", aku memuji. since i made this statement, almost every dining time, we were served with coffee. huhu. cuak jugak kalau-kalau balik ni ada kidney problem. 'Kak' Su yang gilakan jering pun sama jugak. Malu jugak sebab tak kenal pun jering tu on the first place ^_^. Jering dan petai menjadi menu utama setiap hari. (cuba sedaya-upaya menelan dengan penuh nikmat jering-jering dan petai-petai itu, tetapi gagal aku kecapi 'kenikmatan' itu. hihi). walaupun sambal yang super pedas tu berjaya diharungi oleh lidahku yang nipis, ternyata sistem pencernaan yang agak sensitif tidak mampu menahan. maka, aku ber'puasa' sambal sepanjang di sik. *sigh*

Trio di Sekolah Kebangsaan Chepir
kerinduan pada kanak-kanak cilik terubat juga. kat rumah, we were all alone with 'mak'. 'Kak' Su, Nuruddin and me were the mass speakers. bergilir-gilir untuk handle 3 main slots of the program, with the main objectives untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak sekolah tu n menyentuh gejala-gejala sosial yang berleluasa (minum air daun ketum, merokok, tonton video lucah, etc. ~huh)

during my session (Ke Mana Hala Tujuku)...
adik Hanis ke atas pentas, membaca tugasan yang aku berikan.

"dalam masa 15 tahun akan datang, saya adalah seorang tentera udara yang gagah perkasa. isteri saya adalah seorang pekerja kilang. saya sudah memiliki sebuah kereta BMW. Isteri saya sedang dalam pantang melahirkan anak bongsu kami.."

huhu. very spesific. nak ketawa pun ada (actually dah terbahak-bahak dah pun aku kat atas pentas tu). part paling mengharukan, bila adik Hakim menangis sewaktu sesi muhasabah. terasa diri aku pun di'muhasabah' bersama. terbukti, kanak-kanak ini masih lagi suci dan lembut hati dan kitalah (orang-orang yang lebih dewasa) yang bertanggungjawab to mould them. the best session ever in this Baksis program (for me la..)

Si Kembar Empat

nabilah, nabihah, shikin n me

aku mula approach Nabilah n Nabihah (kembar seiras) waktu sukaneka. then, aku panggil Shikin untuk borak-borak with the cute little girls bila 'mak' panggil balik untuk minum petang. i love to call the four of us (shikin, nabilah, nabihah n me) as 'si kembar empat'. hihi. Alhamdulillah, hari kedua, the girls dah pakai tudung (cute sangat). surely i'm going to miss them much.


Words of wisdom by YB Mat Isa
memang musuk qalbu bila YB Mat Isa mula berbicara. terasa zuqq sangat-sangat when the true leader speaks. banyak 'ibrah yang boleh diambil. tak terbalas rasanya budi baik, layanan mak dan ayah angkat yang kami terima sepanjang keberadaan di sik. i burst into tears when he did mentioned about the true life of the villagers. hidup dalam serba kekurangan tapi masih kaya dengan nilai-nilai murni. kita??

Friday, April 17, 2009

Masterpiece :)

i specially designed this for my friends in IIUM Gombak. other designs available can be viewed at our new site http://cutiecuppies.blogspot.com



Wednesday, April 15, 2009

ehem...ehem...

pada satu hari yang indah...

si A: "awak, habiskanlah waffle tu, tinggal sikit je lagi"
me: "eh, takpelah. awak habiskanlah ye. nk suami soleh tak?...hihi" aku cuba mengelak sebab dah terlampau kenyang.

tipikal kan? bila habiskan the last piece of the food memang boleh dapat suami soleh ke? tak taula tahap kebenarannya, but it had turned into a trend among my friends in IIUM. sampaikan sanggup berebut, nak ambil berkat suapan yang terakhir dengan harapan dan doa untuk dapat suami yang soleh lagi musleh (juga mampu men'soleh'kan isteri).

si A: "ala..takutla. taktau sape yang jadi suami kita nanti. nak carik yang soleh la..."
me: "kalau nak dapat yang soleh, kena la jadi solehah dulu. (senyum). takpe, doa banyak-banyak"

zup! aku terpukul dengan kata-kata sendiri. alamak, dahla aku tak solehah! huhu. anyway, tq friend for bringing up this issue ~ a very good reminder for myself.

KEKUATAN DOA + USAHA
if we were aiming for good grades in exam, for surely we will work hard towards achieving it. sanggup berkorban waktu tidur (stay up), sanggup korbankan waktu berehat dan berhibur dan sanggup bangun malam untuk solat hajat (walaupun dalam bukan fatrah exam siap solat subuh dinasour lagi ^_^)
kalau nakkan suami soleh, macam mana pulak ye?

1. doa sebagai senjata, yakin dengan janji Allah...

"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. mereka itubersih dari apa yang dituduhkan orang. mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia" (An-Nur: 26)


2. usaha yang berterusan...

kalau nakkan suami yang bijak, kita sendiri kena usaha untuk jadi orang yang bijak. kalau nakkan suami kuat beribadat, kita pun kena usaha untuk banyakkan amal ibadat. kalau nakkan suami yang penyayang, kita sendiri kena jadi orang yang penyayang. teori mudah, kalau mahukan suami yang bagaimana-bagaimana sekali pun, kita sendiri yang kena kuat berusaha untuk miliki semua ciri-ciri yang kita impikan. GIRL POWER!! (takde kaitan pun.hihi)


"RUMAH" UNTUK ANAKKU
semua orang pun pastinya mengimpikan untuk dapat zuriat yang soleh/ah, yang boleh menjadi mata rantai perjuangan, etc. macam mana pulak nak berusaha ke arah ini?

for me, proses pentarbiahan anak-anak dah sepatutnya bermula sedari seorang wanita itu baligh (yup, even before she found her mr right!). without we realize, we are actually carrying a temporary "home" for our children, i.e. rahim a.ka. uterus.

"rumah" inilah yang akan menjadi tempat pertama anak-anak kita akan menerima corak proses pentarbiahan si ibu dan si bapa. pastinya kita mahukan anak kita berada di dalam "rumah" yang cantik, selesa dan penuh ke'izzahan.

so, girls (a reminder for me as well)...
ingatlah yang kita semua tengah mengusung "rumah" untuk anak-anak kita nanti. nakkan "rumah" yang cantik, berseri dan bahagia? maintainance kena la tinggi jugak kan? i.e. in the form of zikr, doa, dan selalu ingat setiap perbuatan, perilaku, perasaan, pemikiran kita pastinya akan tercalit pada rumah yang sedang menanti penghuninya itu.

p/s: i still can't believe that i am actually writing about this issue. huhu

Wednesday, April 8, 2009

Syukur...ALHAMDULILLAH

12.40 pm, kak dibah selamat melahirkan baby boy (akhirnya yusuf ada kawan kat sabah nanti..hihi). my second nephew... pity them (k dibah n abg man) sebab takde family terdekat kat sana. huhu. i wish i can be there for them.

that is actually the second good news during my study vacation at home. heee.
the first one, just read the rest of the news.


The real message from the Perakians.
(Source: Berita Harian Online, 8th April 2009)


Pas pertahan Bukit Gantang, PKR menang Bukit Selambau

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, masing-masing kekal menguasai kerusi DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang, dalam tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak semalam.

Dalam pertandingan satu lawan satu di DUN Batang Air, calon BN, Malcom Mussen Lamoh menewaskan calon PKR, Jawah Gerang dengan majoriti 1,854 undi, lebih besar berbanding majoriti 806 undi yang diperoleh BN di kerusi itu pada pilihan raya negeri 2006.

Mussen, 49, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi, manakala Jawah , 55, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, mendapat 2,053 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Batang Air, Nelson Mujah Girie, di pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Lubok Antu, Sarawak, pada jam 7.45 malam tadi.

Di TAIPING, Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi, lebih besar berbanding majoriti 1,566 undi diperoleh Pas pada pilihan raya umum tahun lalu.

Mohammad Nizar, 52, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang dan bekas Menteri Besar Perak, memperoleh 21,860 undi, manakala Ismail, 49, mendapat 19,071 undi. Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, hanya menerima 62 undi, sekali gus hilang wang deposit.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bukit Gantang, Datuk Mahmod Morsidi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, jam 9.40 malam.

Di SUNGAI PETANI, kerusi DUN Bukit Selambau yang pertama kali dalam sejarah pilihan raya menyaksikan pertandingan 15 penjuru, kekal dikuasai PKR apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, juga lebih tinggi berbanding majoriti 2,362 undi diperoleh V Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008 sebelum menyertai PKR.

Manikumar mendapat 12,632 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan, 49, yang juga bekas Adun Lunas dan Timbalan Pengerusi MIC Kedah, memperoleh 10,229 undi.

Semua 13 calon Bebas di Bukit Selambau juga hilang wang deposit dengan Abdul Rahim Abu, 49, memperoleh 60 undi; Husaini Yaacob, 44, (257); Mej (B) Anuar Abd Hamid, 58, (528); Radzi Md Lazim, 54, (25); Khamis Awang, 32, (29); Mohd Fazil Wahab, 38, (83); S Moganakumar, 43, (46); M Vaneson, 34, (32); L Sarala, 33, (49); T Chandrarajan, 40, (73); R Loganathan, 43, (31); Tan Hock Huat, 46, (78) dan A Jayagopal, 57, (35).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I, pada jam 10.45 malam.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan penyandangnya, V Arumugam dari PKR meletak jawatan Adun dan Exco negeri pada 9 Februari lalu.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Air pula diadakan berikutan kematian penyandang masing-masing, Roslan Shahrom dari Pas pada 9 Februari lalu dan Datuk Dublin Unting yang juga Menteri Muda Pertanian Sarawak, pada 24 Februari lalu.

DUN Batang Air mempunyai 8,006 pemilih berdaftar dengan peratusan keluar mengundi semalam meningkat kepada 75.32 peratus, berbanding 73 peratus pada pilihan raya negeri 2006, manakala hanya 70.28 peratus daripada 35,140 pengundi di DUN Bukit Selambau keluar mengundi, berbanding 73.76 peratus pada pilihan raya umum 2008.

Parlimen Bukit Gantang pula mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan peratusan keluar mengundi semalam juga meningkat kepada 75 peratus, berbanding 72.65 peratus pada pilihan raya umum tahun lalu.

Proses pengundian tiga pilihan raya kecil itu bermula 8 pagi dengan sesetengah pusat pembuangan undi DUN Batang Air ditutup seawal jam 11 pagi, manakala DUN Bukit Selambau serta Parlimen Bukit Gantang ditutup pada jam 5 petang.