Wednesday, April 15, 2009

ehem...ehem...

pada satu hari yang indah...

si A: "awak, habiskanlah waffle tu, tinggal sikit je lagi"
me: "eh, takpelah. awak habiskanlah ye. nk suami soleh tak?...hihi" aku cuba mengelak sebab dah terlampau kenyang.

tipikal kan? bila habiskan the last piece of the food memang boleh dapat suami soleh ke? tak taula tahap kebenarannya, but it had turned into a trend among my friends in IIUM. sampaikan sanggup berebut, nak ambil berkat suapan yang terakhir dengan harapan dan doa untuk dapat suami yang soleh lagi musleh (juga mampu men'soleh'kan isteri).

si A: "ala..takutla. taktau sape yang jadi suami kita nanti. nak carik yang soleh la..."
me: "kalau nak dapat yang soleh, kena la jadi solehah dulu. (senyum). takpe, doa banyak-banyak"

zup! aku terpukul dengan kata-kata sendiri. alamak, dahla aku tak solehah! huhu. anyway, tq friend for bringing up this issue ~ a very good reminder for myself.

KEKUATAN DOA + USAHA
if we were aiming for good grades in exam, for surely we will work hard towards achieving it. sanggup berkorban waktu tidur (stay up), sanggup korbankan waktu berehat dan berhibur dan sanggup bangun malam untuk solat hajat (walaupun dalam bukan fatrah exam siap solat subuh dinasour lagi ^_^)
kalau nakkan suami soleh, macam mana pulak ye?

1. doa sebagai senjata, yakin dengan janji Allah...

"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. mereka itubersih dari apa yang dituduhkan orang. mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia" (An-Nur: 26)


2. usaha yang berterusan...

kalau nakkan suami yang bijak, kita sendiri kena usaha untuk jadi orang yang bijak. kalau nakkan suami kuat beribadat, kita pun kena usaha untuk banyakkan amal ibadat. kalau nakkan suami yang penyayang, kita sendiri kena jadi orang yang penyayang. teori mudah, kalau mahukan suami yang bagaimana-bagaimana sekali pun, kita sendiri yang kena kuat berusaha untuk miliki semua ciri-ciri yang kita impikan. GIRL POWER!! (takde kaitan pun.hihi)


"RUMAH" UNTUK ANAKKU
semua orang pun pastinya mengimpikan untuk dapat zuriat yang soleh/ah, yang boleh menjadi mata rantai perjuangan, etc. macam mana pulak nak berusaha ke arah ini?

for me, proses pentarbiahan anak-anak dah sepatutnya bermula sedari seorang wanita itu baligh (yup, even before she found her mr right!). without we realize, we are actually carrying a temporary "home" for our children, i.e. rahim a.ka. uterus.

"rumah" inilah yang akan menjadi tempat pertama anak-anak kita akan menerima corak proses pentarbiahan si ibu dan si bapa. pastinya kita mahukan anak kita berada di dalam "rumah" yang cantik, selesa dan penuh ke'izzahan.

so, girls (a reminder for me as well)...
ingatlah yang kita semua tengah mengusung "rumah" untuk anak-anak kita nanti. nakkan "rumah" yang cantik, berseri dan bahagia? maintainance kena la tinggi jugak kan? i.e. in the form of zikr, doa, dan selalu ingat setiap perbuatan, perilaku, perasaan, pemikiran kita pastinya akan tercalit pada rumah yang sedang menanti penghuninya itu.

p/s: i still can't believe that i am actually writing about this issue. huhu

6 comments:

  1. ehem2. cam familiar je situasi di atas. hahaha.

    moga2 kita semua dpt husband n anak2 yg baik. insyaallah. =)

    ReplyDelete
  2. huhu.of course la. si A=... (u know who u are).hihi. amin for your dua' (amin extra untuk ria izzati razali). :)

    ReplyDelete
  3. humm kata: p/s: i still can't believe that i am actually writing about this issue. huhu
    maryam kata: i still can't believe you wrote about this either!!!! hehe. neway rindu humm :)

    ReplyDelete
  4. rindu maryam jugak. x sabar nk g walimah maryam nanti.slmt menghitung hari ye.huhu

    ReplyDelete
  5. wah3 humm...ehem3...kte doakan humm dpt menjadi zawjah y solehah,n dpt zawj y soleh jugak dsamping merebut makanan terakhir..sama2 soleh n sama2 cute..ameen...^_~

    ReplyDelete
  6. amiiiin. doa yang sama jugak untuk kamu ye sab.. i know what u did last semester. hik3

    ReplyDelete