Wednesday, March 31, 2010

Don't you ever stop!

Never stop seeking the guidance from Allah.

dwelling in my own dilemma
in the middle of my struggle to analyze all the data for my final year project (owh, all those 290 samples does give me a headache! have to really 'squint' my eyes looking at the 100+ chi square tables. master in chi square, perhaps? hihi). whilst, i have this 'chronic' type of dilemma regarding my career pathway. huh! luckily when i called my mom yesterday, i felt a very deep relief. feel sooo grateful to have a very understanding mother, that will always give her 'restu' to any of the choices that i make. siap tanya lagi, "nak suruh mak doa macam mana ni?" (sebab mak pun macam pening-pening dengar aku plan a, b, c, d, n seterusnya..hihi). tak cukup dengan memeningkan diri sendiri, a few of my colleagues were also affected. jadul? hehe.

yang penting sekarang, istikharah tanpa henti. never, ever, stop seeking the guidance from Allah, as He knows the best. apa-apa pun yang bakal berlaku, pasti ada hikmahnya. for those who read this entry, please tadah kedua belah tangan anda, n read this together with me:


"semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat Khamisah dan seluruh umat Islam, dan mengurniakannya kejayaan di dunia dan akhirat. dan semoga Khamisah dan sahabat-sahabatnya bertambah-tambah kerajinan dan kesungguhan untuk menyiapkan research mereka. ameen"

thanks for your prayer! ^_^


will this be the road not taken, or the road that will be taken? hmmm..



p/s: syafakallah, to my dearest brother, hud, as he was diagnosed positive for Influenza A. sedih sebab tidak dapat pulang ke rumah. huhu. to all, take care of your own health. mak kata sekarang banyak virus. so, silalah jadi extra pembersih..

Friday, March 5, 2010

aku dan feminism...

sekolah rendah
mula tak faham kenapa cikgu asyik suruh budak lelaki jadi ketua kelas. yang pasti penolong ketua kelas kena perempuan. kenapa mesti penolong eh? sama jugak dengan semua jawatan. ketua pengawas lelaki. ketua librarian pun lelaki. tapi waktu ni bodoh-bodoh lagi. hingus pun masih meleleh. apa cikgu cakap, ikutkan saja.

sekolah menengah
aku masuk sekolah menengah harian biasa, alhamdulillah masuk kelas arab. hampir-hampir tergoda dengan pujukan kawan-kawan untuk stay di kelas yang konon-kononnya ranking pertama (bukan kelas arab).
bermulalah episod berada di kelas arab. ustazah adibah kata budak lelaki kena duduk depan. aku pun tanya ustazah. ustazah kata:


ada ayat al-Quran: arrijalu qawwamuna alannisa' (an-Nisa': 24). 'lelaki adalah pemimpin kepada perempuan'.

"maka, bila duduk di depan, ia seperti syiar (lambang) yang lelaki adalah pemimpin kepada perempuan. bukan bermakna perempuan tu lemah bila Allah kata lelaki lebih kuat daripada perempuan. cuma, bila mereka memimpin, mereka ada tanggungjawab yang lebih. mereka kena 'tanggung' segala amanah dan 'jawab' atas segala yang diamanahkan".

jawapan ustazah aku amati sungguh-sungguh. sampaikan timbul kegeraman bila melihat kaum-kaum adam yang agak 'liat' untuk berada di hadapan, especially bila hadir ke majlis-majlis ilmu. lagi-lagi bila ada yang kurang sensitif pada sifat malu si hawa apabila berada di hadapan muslimin. it's a kind of a culture nowadays. perempuan yang akan berpusu-pusu ke hadapan berbanding kaum lelaki.

menara gading
Allah takdirkan aku berada di satu lapangan yang di'monopoli' oleh kaum wanita. one by one peristiwa yang berlaku menyebabkan aku rimas dengan kerenah-kerenah wanita yang terlampau beremosi ni (NOTE: BUKAN SEMUA!). tiada lagi tenang bila melihat wanita-wanita yang sedemikian (walaupun sudah berjawatan tinggi, berpangkat, dan sebagainya). tiada lagi zuqq yang aku rasa bila mereka mencurahkan ilmu. pedih telinga mendengar leteran, cacian, makian, umpatan dan kejian yang sekaligus menutup terus kesucian ilmu yang sepatutnya dipelihara oleh golongan murabbi (pendidik) ini. 'stress' dijadikan alasan untuk menghemburkan kata-kata nista pada yang tak berdosa. mungkin sebab ni perempuan tak sesuai jadi pemimpin? sila jawab sendiri..

men are from mars, women are from venus!
raikan setiap perbezaan yang ada. masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. lelaki perlukan perempuan. perempuan jugak perlukan lelaki. timbul kepincangan bila masing-masing terlampau ego dan merasakan diri sendiri yang lebih hebat. sedangkan ramai yang lupa yang paling mulia di sisi Allah adalah yang bertaqwa, tidak kira lelaki ataupun perempuan!

p/s: agak kecewa bila ada lelaki yang seolah-olah malas berusaha dan berasa selesa dengan jumlah mereka yang sedikit. please wahai lelaki-lelaki yang beriman! buktikan pada feminist2 tu, bahawa Islam adalah syumul dan kedudukan wanita diiktiraf sungguh-sungguh di dalam Islam!

ISLAM IS THE BEST! ^_^