Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, September 28, 2016

Potty training_sarah ibtisam

Bismillahirrahmanirrahim....

So here i am again. Feeling the urge to write so that i won't forget. Alhamdulillah, sarah dah berjaya di potty trained! After googling here and there to find some tips, solat hajat khas mohon supaya Allah mudahkan (yes, ummi was too nervous to begin!), alhamdulillah she did it! And amazingly, it was a great success, i.e. zero 'accident' on the first day! Bravo, kakak sarah!

What did i do?

1. Simpan semua karpet@ tikar
Masa ni tengah viral pasal tikar racun (tikar rm10 yang banyak jual kat nilai 3), so terbatal lah niat nak guna tikar tu as alas masa sarah main. Guna alas cadar patchwork je sebab kesian pulak lantai sejuk.

2. Stress free (mom & child)
Sangatlah penting. Banyak kali pending and defer nak start, esp bila sarah tak berapa sihat or adam pun tak sihat or aku sendiri yang kepenatan atau tak sihat. So, it took a while to find that 'right time'. Sarah siap protes kencing terabur masa dia tengah jiwa kacau sebelum bersalinkan adam. So, i decided to stop because she was just not ready. I started again when adam was about 2 months old. 'Accidents' do happen. Sebab tu kena ensure tak stress atau letih yang teramat supaya boleh lap kencing anak dengan perasaan redha sambil tersenyum.

3. Timing and constant reminder
Tak berhenti remind sarah, "kalau sarah nak kencing atau berak cakap ya". Awal tu, aku timing sarah ke toilet sejam sekali. Eg, kalau dia minum susu/air pukul 10am, pukul 11am ajak dia g toilet untuk kencing. Tak berjaya, so di extend ke dua jam. Depends. Kalau cuaca sejuk, hari hujan, maybe less than that. Bab timing ni depends pada bladder anak. Some boleh tahan kencing lama, some tak berapa boleh nak tahan lama. So, as a start, boleh cuba 30 min, or 45min sekali.

4. Underwear
Sehari sebelum start, aku ajak abang bawak sarah pergi shopping panties dia. Biar dia pilih sendiri. Bagi options and we let her made the decision. Tak perlu yang mahal pun. Kat giant boleh dapat rm10 for 3 pieces yang cantik dan kain sedap. Kenapa kena pakai panties, sebab anak akan mudah geli bila tak pakai diaper. So bila geli tu asyik nak terkencing je rasa.

5. Positive reinforcemnt
Buat satu chart (macam gambar di bawah). Buat column ikut hari dalam seminggu. Tampal kat fridge. Beli sticker cantik (in my case, sarah suka anything pinky, yang heart shaped). I told her, "kalau sarah berjaya kencing atau berak kat toilet, sarah boleh tampal satu sticker ni kat chart sarah ni." Setiap kali lepas dia 'berjaya', dia pilih sendiri sticker yg mana, and dia tampal.

6. Toilet cover for children and stool (kerusi bukan tahi. Hehe)
Kalau guna toilet duduk. Toilet cangkung tak perlu. Awal2 tu gigih juga nak angkat sarah duduk atas toilet, tapi dengan adam lagi, abang pun belikan stool. Dia naik sendiri lepas tu, kami tolong buka pintu toilet je.

7. Nap/sleep time
Masa sarah tidur siang, dia tak pakai diaper. Just ensure dia kencing dulu sebelum tidur. Kalau tak sempat bawak dia dah tidur, alas siap2 tempat dia tidur. Awal2 nak train, sarah siap terkencing masa nap. Dia bangun tu dia nangis, maybe sebab kecewa tak 'berjaya'. Huhu. Lama2 dia pandai dah control kencing. Siap bangun mamai2 nangis, so ummi boleh detect dia nak ke toilet n cepat2 tolong bawak dia. Malam still pakai diaper (alasan: sebab tak beli lagi bedsheet yang waterproof. Haha), tapi biasanya bangun pagi kering je diaper dia.

8. Solat hajat.
Huhu. Ummi siap solat hajat tau. Doa je pun takpe. Tapi sebab ummi was wayyyyy too nervous, solatlah mohon pada Allah semoga dipermudahkan. Kalau harap pada kudrat and strategi sahaja, i don't think i can manage. Allah is indeed The One that make it easy and smooth, and i am very thankful for that.

It was a wonderful experience. Tak tahu nak explain the satisfaction i felt. Rasa macam menang pingat emas olimpik setiap kali dia 'berjaya' (yes, ummi memang over! Haha). Thank you sarah for your cooperation! ❤