Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, April 15, 2009

ehem...ehem...

pada satu hari yang indah...

si A: "awak, habiskanlah waffle tu, tinggal sikit je lagi"
me: "eh, takpelah. awak habiskanlah ye. nk suami soleh tak?...hihi" aku cuba mengelak sebab dah terlampau kenyang.

tipikal kan? bila habiskan the last piece of the food memang boleh dapat suami soleh ke? tak taula tahap kebenarannya, but it had turned into a trend among my friends in IIUM. sampaikan sanggup berebut, nak ambil berkat suapan yang terakhir dengan harapan dan doa untuk dapat suami yang soleh lagi musleh (juga mampu men'soleh'kan isteri).

si A: "ala..takutla. taktau sape yang jadi suami kita nanti. nak carik yang soleh la..."
me: "kalau nak dapat yang soleh, kena la jadi solehah dulu. (senyum). takpe, doa banyak-banyak"

zup! aku terpukul dengan kata-kata sendiri. alamak, dahla aku tak solehah! huhu. anyway, tq friend for bringing up this issue ~ a very good reminder for myself.

KEKUATAN DOA + USAHA
if we were aiming for good grades in exam, for surely we will work hard towards achieving it. sanggup berkorban waktu tidur (stay up), sanggup korbankan waktu berehat dan berhibur dan sanggup bangun malam untuk solat hajat (walaupun dalam bukan fatrah exam siap solat subuh dinasour lagi ^_^)
kalau nakkan suami soleh, macam mana pulak ye?

1. doa sebagai senjata, yakin dengan janji Allah...

"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. mereka itubersih dari apa yang dituduhkan orang. mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia" (An-Nur: 26)


2. usaha yang berterusan...

kalau nakkan suami yang bijak, kita sendiri kena usaha untuk jadi orang yang bijak. kalau nakkan suami kuat beribadat, kita pun kena usaha untuk banyakkan amal ibadat. kalau nakkan suami yang penyayang, kita sendiri kena jadi orang yang penyayang. teori mudah, kalau mahukan suami yang bagaimana-bagaimana sekali pun, kita sendiri yang kena kuat berusaha untuk miliki semua ciri-ciri yang kita impikan. GIRL POWER!! (takde kaitan pun.hihi)


"RUMAH" UNTUK ANAKKU
semua orang pun pastinya mengimpikan untuk dapat zuriat yang soleh/ah, yang boleh menjadi mata rantai perjuangan, etc. macam mana pulak nak berusaha ke arah ini?

for me, proses pentarbiahan anak-anak dah sepatutnya bermula sedari seorang wanita itu baligh (yup, even before she found her mr right!). without we realize, we are actually carrying a temporary "home" for our children, i.e. rahim a.ka. uterus.

"rumah" inilah yang akan menjadi tempat pertama anak-anak kita akan menerima corak proses pentarbiahan si ibu dan si bapa. pastinya kita mahukan anak kita berada di dalam "rumah" yang cantik, selesa dan penuh ke'izzahan.

so, girls (a reminder for me as well)...
ingatlah yang kita semua tengah mengusung "rumah" untuk anak-anak kita nanti. nakkan "rumah" yang cantik, berseri dan bahagia? maintainance kena la tinggi jugak kan? i.e. in the form of zikr, doa, dan selalu ingat setiap perbuatan, perilaku, perasaan, pemikiran kita pastinya akan tercalit pada rumah yang sedang menanti penghuninya itu.

p/s: i still can't believe that i am actually writing about this issue. huhu

Wednesday, April 8, 2009

Syukur...ALHAMDULILLAH

12.40 pm, kak dibah selamat melahirkan baby boy (akhirnya yusuf ada kawan kat sabah nanti..hihi). my second nephew... pity them (k dibah n abg man) sebab takde family terdekat kat sana. huhu. i wish i can be there for them.

that is actually the second good news during my study vacation at home. heee.
the first one, just read the rest of the news.


The real message from the Perakians.
(Source: Berita Harian Online, 8th April 2009)


Pas pertahan Bukit Gantang, PKR menang Bukit Selambau

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, masing-masing kekal menguasai kerusi DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang, dalam tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak semalam.

Dalam pertandingan satu lawan satu di DUN Batang Air, calon BN, Malcom Mussen Lamoh menewaskan calon PKR, Jawah Gerang dengan majoriti 1,854 undi, lebih besar berbanding majoriti 806 undi yang diperoleh BN di kerusi itu pada pilihan raya negeri 2006.

Mussen, 49, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi, manakala Jawah , 55, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, mendapat 2,053 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Batang Air, Nelson Mujah Girie, di pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Lubok Antu, Sarawak, pada jam 7.45 malam tadi.

Di TAIPING, Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi, lebih besar berbanding majoriti 1,566 undi diperoleh Pas pada pilihan raya umum tahun lalu.

Mohammad Nizar, 52, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang dan bekas Menteri Besar Perak, memperoleh 21,860 undi, manakala Ismail, 49, mendapat 19,071 undi. Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, hanya menerima 62 undi, sekali gus hilang wang deposit.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bukit Gantang, Datuk Mahmod Morsidi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, jam 9.40 malam.

Di SUNGAI PETANI, kerusi DUN Bukit Selambau yang pertama kali dalam sejarah pilihan raya menyaksikan pertandingan 15 penjuru, kekal dikuasai PKR apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, juga lebih tinggi berbanding majoriti 2,362 undi diperoleh V Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008 sebelum menyertai PKR.

Manikumar mendapat 12,632 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan, 49, yang juga bekas Adun Lunas dan Timbalan Pengerusi MIC Kedah, memperoleh 10,229 undi.

Semua 13 calon Bebas di Bukit Selambau juga hilang wang deposit dengan Abdul Rahim Abu, 49, memperoleh 60 undi; Husaini Yaacob, 44, (257); Mej (B) Anuar Abd Hamid, 58, (528); Radzi Md Lazim, 54, (25); Khamis Awang, 32, (29); Mohd Fazil Wahab, 38, (83); S Moganakumar, 43, (46); M Vaneson, 34, (32); L Sarala, 33, (49); T Chandrarajan, 40, (73); R Loganathan, 43, (31); Tan Hock Huat, 46, (78) dan A Jayagopal, 57, (35).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I, pada jam 10.45 malam.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan penyandangnya, V Arumugam dari PKR meletak jawatan Adun dan Exco negeri pada 9 Februari lalu.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Air pula diadakan berikutan kematian penyandang masing-masing, Roslan Shahrom dari Pas pada 9 Februari lalu dan Datuk Dublin Unting yang juga Menteri Muda Pertanian Sarawak, pada 24 Februari lalu.

DUN Batang Air mempunyai 8,006 pemilih berdaftar dengan peratusan keluar mengundi semalam meningkat kepada 75.32 peratus, berbanding 73 peratus pada pilihan raya negeri 2006, manakala hanya 70.28 peratus daripada 35,140 pengundi di DUN Bukit Selambau keluar mengundi, berbanding 73.76 peratus pada pilihan raya umum 2008.

Parlimen Bukit Gantang pula mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan peratusan keluar mengundi semalam juga meningkat kepada 75 peratus, berbanding 72.65 peratus pada pilihan raya umum tahun lalu.

Proses pengundian tiga pilihan raya kecil itu bermula 8 pagi dengan sesetengah pusat pembuangan undi DUN Batang Air ditutup seawal jam 11 pagi, manakala DUN Bukit Selambau serta Parlimen Bukit Gantang ditutup pada jam 5 petang.

Sunday, March 29, 2009

Kenapa saya suka rumah saya?


entry kali ni di post ketika hatiku meluap2 rindu yang teramat pada rumah dan kedua ibu bapa (hu~ nak balik rumah!!)

di saat orang lain sibuk menelaah pelajaran, pemikiranku melayang-layang teringatkan rumah.

sila baca ayat- ayat seterusnya mengikut nada budak lelaki dalam iklan petronas sempena hari kemerdekaan (tak ingat tahun bila..hee)

kenapa saya suka rumah saya?
"sebab dari kecil sampai besar, i grow up in this bumi tercinta..bandar baru bangi."

kenapa saya suka rumah saya?
"sebab kat rumah ada mak, ada bapak, ada kak la, ada abg hud. bila aku balik rumah, mesti rasa bahagia yang teramat sebab mak suka masak sedap-sedap bila aku balik (walaupun iqah and pi'e selalu bising-bising bila aku buat macam-macam request..huhu)"

kenapa saya suka rumah saya?
"sebab kat rumah i can be the 'real' me. hihi. without having any fear of being judged. hanya keluarga kita yang akan cinta dan kasihkan kita tanpa sebarang syarat. (tak kisah aku buat perangai pelik macam mana sekalii pun, they will always love and nourish me all the time). sweet kan?"

kenapa saya suka rumah saya?
"sebab baiti jannati. there is no other place like home...huhu"

i can list out thousands of reasons why i love my home but that does not really matter. the happiness and serenity that you feel at home, bukannya bergantung kepada besar dan cantiknya rumah anda. tapi, satu KEIZZAHAN. home is where you put your heart in to it (just like me, hihi..)

p/s: dapat panggilan dari mak before jawab first paper final exam pagi td...

emak: "ok tak pagi ni?" (setelah mengadu sambil menangis yang beria kat mak malam tadi, of course la emak taktau aku nangis. hihi. teknik cover yang berkesan)

me: "ok je. habis baca gitu-gitu je. mak doakan humm ye. doa mak kan lebih makbul"

emak: "insyaAllah. semoga tenang dan dapat jawab exam dengan baik, dan dapat keputusan cemerlang. (ayat skema mak every time aku call before jawab exam... huhu)"

inilah ayat motivasi aku setiap kali sebelum jawab exam. walaupun skripnya sama setiap kali aku call, tepi tetap menyirap ke seluruh tubuhku, sampai kan segala neurons in my brain jadi super duper active bila teringat ayat-ayat ni. semoga segala urusan dipermudahkan. amin. T_T

Friday, March 27, 2009

Earth Hour

8:30PM local time, wherever you live on planet earth. Saturday 28 March 2009
SWITCH OFF THE LIGHT! SAVE THE EARTH :)

Wednesday, March 25, 2009

The Awakening

this entry is not about the famous novel by Kate Chopin. huhu, this is all about me. after attending the preview of esq program (organized by src) last night, rasa lebih bertenaga and bersemangat sikit. pak-pak indonesia itu berjaya menyentuh hati para penonton yang hadir (including me T_T). walaupun mendapat kritikan-kritikan 'membina' daripada rakan-rakan se-wardku. huhu. seriously memang worth it fees tuh. you all should experiance it yourself (dengan nada yakin dan bersungguh, sehingga berkerut dahi)

3 days left before our final exam (exclusively for nursing students, pelik kan kulliyyah ni? huhu). all i have to do is speed up to finish revising all the syllabus + extra focus!!!



all the best everybody. let us put our best effort. bukan semata-mata untuk dapatkan high GPA or CGPA, but much more than that. to strive for the sake of Islam and serve the ummah by all the knowledge that we possess. May His blessings accompany our noble effort in seeking the knowledge. amin.

Thursday, March 12, 2009

they are truly special

one of the requirements for our community subject in this semester is to have at least one visit to disabled patient's house. today was indeed very memorable. start dengan visit antenatal and postnatal patients with staffnurse rohani (i.e. tengok baby yang cute2. huhu), then, ke rumah yang pertama.



zulhilmi, 7 years old child with cerebral palsy. macam blurr sikit time tu (almaklumlah first time), but we tried so hard to get as much information as we can from the mother. lessons from the visit:
  • try dapatkan info tentang rehabilitation of CP children, esp. in Kuantan (sebab beza macam langit dengan bumi if nak compare facilities yang ada kat KL and Kuantan)
  • nurses must have complete documentation tentang visit yang diorang dah buat as references in advance (sebab susahnya kitorang nak start all over balik and tak dapat nak tengok progress of development)
  • ensure you are very well prepared before the visit (esp. bila bab nak bagi health education. your information must be accurate but yet simple to be understood by the mother)

the second house, amirul syafiq, 6 years old, Down's syndrome child (seriously terhibur dan rasa lebih bersemangat untuk terus hidup, bila jumpa syafiq. haha. tq dik! T_T)


syafiq sangat-sangat bijak. tak tau berapa kali dia salam kitorang, and bila dia cium pipi aku.. huh, tersentuh yang teramat! terharu. paling aku teruja, bila dia sebut kalimah "la ilaha illallah" (before die baling semua mainan yang kitorang pass kat dia. huhu). aku tak berhenti ketawa tengok aksi-aksi comel syafiq. sampai kene baling dengan botol air pun aku still boleh tersenyum and ketawa. huhu. takpe2, syafiq punye pasal. ^_^

they are both different in their own way. that's why i would rather called them "special", in stead of "disable". walaupun kita cukup sifat, hati and jiwa kita mungkin tak cukup kuat, tabah dan sesuci kanak-kanak istimewa ni.

try to have the sense of empathy to hear their inner voices calling for our kind attention and care. sharing is caring. caring is loving. ^_^

Friday, March 6, 2009

1st National Nursing Students' Symposium


Tomorrow will be the day. after a few 'hard' months, tomorrow is the day. i really hope that all the efforts put into this symposium will be blessed by Him. My special thanks to all the dedicated committees of NANSYM 09.

a glance about NANSYM 09:

NANSYM 09 stands for National Nursing Students' Symposium 2009, aim on gathering all nursing students from all over Malaysia to sit together and discuss the arising matters in the nursing world, particularly which are related to the students' issues.

the final and our main objective is to discuss on the proposal of establishing the first ever National Nursing Student Association (NNSA-just our brief idea. not yet decided actually).

Date: 7th - 8th March 2009
Venue: Auditorium KoM, IIUM Kuantan
Theme: Nursing Evolution in Malaysia: Seeing Things From A Different Angle

Among the main programs:
  • Plenary talks (by Prof Nik Safiah, Dr Faridah Hashim, and Matron Zainooriah)
  • Forum (moderator: Bro Mohd Said Nurumal)
  • Fiqh Medic (Talk by Ust. Hasrizal Abdul Jamil)
  • Meeting among student leaders
for more information, kindly log on to http://www.pronurss.myportal.my/

All the best everybody. after striving so hard to ensure this program is a success, do not ever forget to tawakkal only onto Him. caiyok :)