Friday, April 21, 2017

Bersyukurlah

Sarah tak berapa sihat harini. Batuk dan selsema sejak malam tadi. Tak terkira berapa kali dia bangun menjerit nangis2 sebab tak selesa. Adam pun siap bangun sekali bila kakak dia nangis. Ummi tersepit kat tengah2, dihimpit dua anak yang meragam. Konfius sangat, taktau nak pujuk yang mana dulu.

Kurangnya sabar si ummi
Abang pulak ke melaka harini, kena bawak kereta. Sarah tak pergi sekolah. Bila kakak sarah kat rumah, adam pun tidur cak2 je. Bila tak cukup tidur, mulalah meragam nak berdukung saja. Kakak pulak tiba2 harini jadi macam2 ragam asyik mintak makanan yang for surely ummi tak kasi (sejuk2, berminyak, dan benda2 boleh induce lg byk kahak). Bila tak bagi, meraung satu alam. Allahu Rabbi.

Kakak sarah tak terkira berapa kali kena marah. Last sekali dia kena marah i.e. bebel dengan ummi tadi, sarah kata "sorry, ummi. Lain kali sarah tak buat dah". Lepas tepuk2 sikit, akhirnya sarah tidur. Sambil susukan adam, ummi pun scroll fb sekejap. Terbaca satu post dari one dear senior masa kat kisas dulu.

Anak first dia didiagnose ada GDD, anak second ada dyslexia, and anak bongsu pun doc diagnose ada GDD. Tapi dia positif sangat. In fact, willing to share dengan public pasal family dia in a very informative and positive tone. Ma Sya Allah. Tabarakallah, kak salwa. May Allah bless her. Insaf sangat lepas baca tu.

Ummi yang sarah baca terbalik ba dengan da pun ummi dah start nak pusing2 biji mata. Just imagine that lady berusaha ajar anak dia baca dari umur 4 tahun sampai 7 tahun, tapi still tak berjaya. Astaghfirullah. Anak bongsu dia umur 2 tahun lebih baru boleh jalan, yang ummi ni adam sebelas bulan belum jalan, dah konfius2 "adam ok tak agaknya ??". How ungrateful i am! Astaghfirullah!!!!! Rasa nak menjerit geram kat diri sendiri sebab kurang bersyukur.

Anak-anak sihat, semua tu nikmat. Even anak2 tu sendiri adalah nikmat, rahmat yang sebenarnya ujian untuk ibubapa. Bersyukur tak kita as parents? Kadang2 lupa (most of the time memang lupa) Allah bagi anak2 yang senang diurus tu ujian, kesusahan untuk mengurus anak2 pun sama jugak ujian. This is a major reminder for me. Whatever it is yang Allah bagi, be it susah atau senang, bersyukurlah. Keep calm and be positive. Dah lama tak guna mantra, "SAYA BERSYUKUR, TENANG DAN BAHAGIA". Allah pasti bagi jalan keluar pada hambaNya yang meminta.

Ummi mintak maaf, anak2. I'm still struggling to be a better ummi for both of you. Semoga Allah redha dengan segala usaha ummi, dan Allah pandu segala perbuatan, emosi dan pemikiran ummi & walid dalam membesarkan kalian. May Allah ease and bless.

No comments:

Post a Comment