Tuesday, January 3, 2017

Sarah's first day @ school

Finally, after much questions from sarah, 'bila sarah nak sekolah?', 'kenapa sarah tak sekolah?'; ummi and walid decided to enroll sarah into little caliph bandar seri putra. Why not pasti? Pasti yang dekat dengan rumah dah penuh. Yang satu lagi jauh, and quite mencabar untuk ummi yang dah 4 tahun tak memandu ni. Huhu.

First day
Tak susah nak bangunkan sarah. Sebut sekolah je terus mata dia celik. Sehari sebelum dah siap beli helmet pink. Tapi sebab hari hujan pagi ni, dan ummi pun menyibuk nak fefeeling hantar sarah, kena naik kereta. Ummi beria nak turun hantar sarah, so walid stay dalam kereta pegang adam. Masuk je tadika, ada this one little boy tengah meraung. Sarah terus jadi takut. Tapi pujuk dia ambil gambar dulu, and slowly bawak dia ke teacher. Teacher terus guide bawak masuk dalam. Ummi ter'paksa rela' tinggalkan sarah dan bermulalah episod melodramatik ummi tanpa sarah di rumah.

Adam dan ummi
The first day was not so bad. Sebab walid ambil cuti! Hehehe. Siap pergi cs beli barang rumah pagi tu dan pergi tesco pulak lepas ambil sarah. Walid siap day off sebab nak escort ummi, tengok ummi bawak kereta sorang-sorang masa ambil sarah. Not alone actually. With adam at the back, tolong buat backgound sound setiap kali ambil kakak. Huhu

We miss u, kakak sarah!
Bukan adam je yang tercari-cari kakak sarah, ummi pun sama! Haha. Asyik buat ayat syahdu je setiap kali buka tv. Dah terbiasa tengok kartun dengan sarah pagi-pagi. But now, rumah senyap je T_T. move on please, ummi. Haha. Oklah. Ummi pun syukur sangat dengar feedback daripada teacher, kata sarah ok sangat. Siap komen kata sarah boleh tahan talkative. Huhu. Ummi doakan sarah gembira, berjumpa dan berkawan dengan rakan-rakan yang baik, dan belajar banyak perkara bermanfaat kat sekolah. Bittaufiq wannajah, kakak sarah! Semoga di dalam jagaan Allah selalu. ♡♡♡♡

No comments:

Post a Comment