Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, December 31, 2013

Merancang keluarga selepas bersalin secara pembedahan

tajuk post kali ini adalah berdasarkan carianku di google semasa tempoh berpantang. dulu-dulu berlagak sangat nak guna natural method, tengok tarikh subur, kondom, etc. tapi tak boleh ambil risiko macam tu bila bersalin ceaserean ni. kehamilan harus dijarakkan untuk kebaikan ibu dan anak pada masa hadapan. i told abang about lppkn. niat awal nak guna iucd, since tak involve hormone. bila call annur, azzaharah, range harga around rm500++. then teringat zaman belajar dulu ada servis daripada lppkn.

tak sempat pun sebenarnya nak google page lppkn, then abang yang tolong usahakan. dia pergi kat laman web lppkn, then search for the phone no of the nearest lppkn from the directory. barulah tahu wujudnya klinik lppkn dekat reko central tu. abang kata orang yang jawab telefon tu sangat bagus dan membantu (siap bagi direction jalan nak ke klinik tu) and we straight away pergi klinik kat reko central petang tu juga atas saranan mereka. 


we were entertained by a chinese nurse. dia pastikan yang kami masih ber'pantang' (masih belum 'bersama'). nak pastikan tiada kemungkinan si ibu sedang mengandung. masa tu aku hari ke 45. but, when my sis in law called masa dia lebih kurang hari ke 60, the nurse refused to make any procedure walaupun dia masih ber'pantang'. maybe adalah kot kes-kes yang orang dah 'bersama' tapi mengaku sebaliknya. so, my advice, to play safe, datang sebelum hari ke 42 (as the nurse suggested) walaupun darah nifas belum berhenti. kalau tak, kena tunggu next period, which kadang-kadang next 6 months baru datang kalau menyusu anak.


ole-ole daripada klinik
she then explained the options that they offer. pill? semestinya tidak untuk patient yang tak berapa compliant sepertiku. iberet dulu pun on off. so, sama ada injection, implan ataupun iucd. but, please be noted yang iucd atau implan biasanya hanya akan dibuat selepas 6 bulan dari tarikh bersalin. untuk guna implan, biasanya mereka akan suggest guna injection dulu, sebab guna hormon (bahan) yang sama. kalau serasi (no serious side effects), baru doc akan masukkan implan. nak masukkan iucd pun kena tunggu heavy flow period.

the nurse suggested for injection. either jab 2 bulan (8weeks) or 3 bulan (12weeks). as it involves hormone, aku try yang 2 bulan (unidepo) dulu. risau sangat berat naik mendadak. tiap-tiap hari mesti psycho nak timbang berat. alhamdulillah, so far, berat masih maintain cuma mood swing tu adalah sikit-sikit (salahkan hormon pulak, walhal memang mengada moody). thus, insyaAllah will continue to have the jab for the next 4 months, n will decide later on either nak pasang implan or iucd. for further info boleh refer kat webpage lppkn tu. quite informative, tengok pada bahagian penerbitan untuk perancangan keluarga dan boleh download softcopy pamphlet.


No comments:

Post a Comment