bersabarlah duhai sahabat...
semalam dikejutkan dengan kembalinya ibunda nur hidayah hussin ke rahmatullah. sedikit terkejut kerana ziarahku yang terakhir menampakkan perkembangan kesihatannya yang baik setelah menjalani pembedahan. walaupun hanya sekali aku berpeluang mencurah bakti dengan melakukan 'dressing' pada luka bedahnya, pemergian makcik Jamaliah memberi kesan yang agak mendalam. semoga Allah menempatkan allahyarham di kalangan orang2 yang soleh.
mati itu pasti
regardless of the severe abdominal pain, aku gagahkan jugak langkah untuk ke rumah hidayah. setelah selesai solat jenazah, together with diah, n khuzairi untuk ke kawasan perkuburan. diah kata: "nanti semua orang mesti datang kat sini jugak kan?" tiba-tiba diselubungi ketakutan yang amat sangat. keseorangan menjawab segala persoalan munkar dan nakir. soalan-soalan yang tidak boleh dihafal jawapannya seperti menjawab peperiksaan2 yang biasa.
jom sama-sama persiapkan diri menuju mati. mati itu pasti. tiada siapa mampu larikan diri. tinggalkan semua harta, pangkat dan segala yang dikasihi. hanya amal kebaikan yang membantu nanti.
tanx humm for the reminder..
ReplyDeletekematian merupakan motivasi terbaik. sama-sama berusaha bersiap-sedia menghadapinya.
ReplyDelete