Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, March 5, 2010

aku dan feminism...

sekolah rendah
mula tak faham kenapa cikgu asyik suruh budak lelaki jadi ketua kelas. yang pasti penolong ketua kelas kena perempuan. kenapa mesti penolong eh? sama jugak dengan semua jawatan. ketua pengawas lelaki. ketua librarian pun lelaki. tapi waktu ni bodoh-bodoh lagi. hingus pun masih meleleh. apa cikgu cakap, ikutkan saja.

sekolah menengah
aku masuk sekolah menengah harian biasa, alhamdulillah masuk kelas arab. hampir-hampir tergoda dengan pujukan kawan-kawan untuk stay di kelas yang konon-kononnya ranking pertama (bukan kelas arab).
bermulalah episod berada di kelas arab. ustazah adibah kata budak lelaki kena duduk depan. aku pun tanya ustazah. ustazah kata:


ada ayat al-Quran: arrijalu qawwamuna alannisa' (an-Nisa': 24). 'lelaki adalah pemimpin kepada perempuan'.

"maka, bila duduk di depan, ia seperti syiar (lambang) yang lelaki adalah pemimpin kepada perempuan. bukan bermakna perempuan tu lemah bila Allah kata lelaki lebih kuat daripada perempuan. cuma, bila mereka memimpin, mereka ada tanggungjawab yang lebih. mereka kena 'tanggung' segala amanah dan 'jawab' atas segala yang diamanahkan".

jawapan ustazah aku amati sungguh-sungguh. sampaikan timbul kegeraman bila melihat kaum-kaum adam yang agak 'liat' untuk berada di hadapan, especially bila hadir ke majlis-majlis ilmu. lagi-lagi bila ada yang kurang sensitif pada sifat malu si hawa apabila berada di hadapan muslimin. it's a kind of a culture nowadays. perempuan yang akan berpusu-pusu ke hadapan berbanding kaum lelaki.

menara gading
Allah takdirkan aku berada di satu lapangan yang di'monopoli' oleh kaum wanita. one by one peristiwa yang berlaku menyebabkan aku rimas dengan kerenah-kerenah wanita yang terlampau beremosi ni (NOTE: BUKAN SEMUA!). tiada lagi tenang bila melihat wanita-wanita yang sedemikian (walaupun sudah berjawatan tinggi, berpangkat, dan sebagainya). tiada lagi zuqq yang aku rasa bila mereka mencurahkan ilmu. pedih telinga mendengar leteran, cacian, makian, umpatan dan kejian yang sekaligus menutup terus kesucian ilmu yang sepatutnya dipelihara oleh golongan murabbi (pendidik) ini. 'stress' dijadikan alasan untuk menghemburkan kata-kata nista pada yang tak berdosa. mungkin sebab ni perempuan tak sesuai jadi pemimpin? sila jawab sendiri..

men are from mars, women are from venus!
raikan setiap perbezaan yang ada. masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. lelaki perlukan perempuan. perempuan jugak perlukan lelaki. timbul kepincangan bila masing-masing terlampau ego dan merasakan diri sendiri yang lebih hebat. sedangkan ramai yang lupa yang paling mulia di sisi Allah adalah yang bertaqwa, tidak kira lelaki ataupun perempuan!

p/s: agak kecewa bila ada lelaki yang seolah-olah malas berusaha dan berasa selesa dengan jumlah mereka yang sedikit. please wahai lelaki-lelaki yang beriman! buktikan pada feminist2 tu, bahawa Islam adalah syumul dan kedudukan wanita diiktiraf sungguh-sungguh di dalam Islam!

ISLAM IS THE BEST! ^_^

8 comments:

  1. *two thumbs up*

    benci juga pmpn yg mnggunakan alasan PMS utk menjadi seperti naga tasik chini.

    ReplyDelete
  2. adakah lelaki dari MARS??? setahu saya kita semua anak adam dari susur galur yang sama iaitu Nabi Adam dan isterinya Hawwa...

    ke nti nih pelik dari orang lain? boleh buat teori baru selain teori darwin nih..!

    ReplyDelete
  3. aji: pembetulan ye. it's an analogy. not a theory. maybe you should read more. haha

    ReplyDelete
  4. tapi selalu perempuan kan berlagak then berkata perempuan yg lebih pandai >.<)" ~

    ReplyDelete
  5. eldy: hehe. macam mana nak measure selalu tu eh? rasanya kena buat research ni. buat surveillance perempuan2 yang berlagak pandai di malaysia. pastu buat test IQ nk distinguish diorang ni betul2 pandai or juz berlagak pandai. hehe. merapu again ^_~

    btw, same je lelaki or perempuan. yang penting attitude...

    ReplyDelete
  6. I agreed with you hum. Asik diorg jek duk dpn kan..lepas tu siap tido lagi aha...

    ReplyDelete
  7. humm, kenapa tengok kat menara gading pun ada hingus meleleh lagi? alolololo.. kesian, anak sapa ya. haha

    ReplyDelete
  8. ntah, anak sapa ntah. anak mujahid kot. haha. ke mujahid yg meleleh hingus tu?

    ReplyDelete