Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, July 11, 2012

a nanny's diary


irdina aishah - my first niece! was appointed as aishah's babysitter bermula selepas 2 minggu kelahiran si comel ini. yes, aishah masih merah, kecil, 'fragile' and because of that abgman dan k dibah tak berani lagi nak hantar aishah ke taska (as if aku pandai sangat jaga baby - cuak sangat. note: aishah jenis cepat tersedak bila minum susu). harini genap 22 hari aku jadi babysitter aishah. penat? haruslah. tapi worth it rasanya experience ni. 


feeding
aishah sangat kuat minum susu. baru 14 days, dah minum lebih 3 oz for each feeding (nanti nak share cara2 handle EBM (expressed breast milk) untuk babysitter yang amatur, like me). orang kata baby 2 weeks minum around 10 oz kat taska (8am- 5pm, waktu pejabat), tapi aishah pukul 12 noon, dah sampai 7 oz. siap kena request kat k dibah packing susu 3 oz, sebab 2 oz memang tak cukup, sampai kena lari2 mak (means lari laju) sebab aishah suka meraung vol 10 kalau tak cukup susu.


my wish
nak hafal more quranic verses (sangat jeles pada hafizah2 yang boleh bacakan ayat2 suci alQuran yang indah bila2 je kat anak diorang). kenapa kita kena lazimkan baca alQuran, zikir2, selawat, etc? sebab semua ni akan jadi habit kita. masa susukan baby, masa 'burp'kan baby, masa mandi, pakai baju, dodoi nak tidur, semua pun ibadah dan boleh tambah extra kredit kalau si ibu boleh bacakan ayat2 alQuran, selawat2, zikir, etc, pada si anak. so, waktu ni tak sempat dah nak fikir zikir mana best, selawat mana yg sesuai, ayat mana yang nak dibaca. semuanya spontan, automatik keluar ikut apa yang selalu kita amalkan. kurang amalkan zikir, kuranglah zikir yang terlintas kat hati dan pemikiran. anda belum berkahwin? jangan risau, Allah nak beri masa extra untuk siapkan diri upgrade all these things (trust me: nanti dah beranak-pinak, nak solat fardhu pun terkejar2). yang penting niatkan bukan sebab nak amalkan waktu susukan anak sahaja, tapi nak pastikan semua ni sebati dalam jasad dan rohani kita. supaya mengalir dalam setiap sel yang wujud dalam diri ini. insyaAllah.


ibu muda beranak 4
4 orang anak buah, semua dah merasa 'dijaga' ciyam. kebetulan last week, 7 hari, non-stop jaga those kiddos -yusuf, yasir, umar n aishah-. tak perasan, sampai mak yang tegur "wah, sampai tujuh hari jadi babysitter". my bad - having problem of saying no! anyhow, love those adorable kiddos very much! ciyam doakan semua membesar jadi insan beriman, soleh lagi musleh. hugs n kisses!