Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, May 10, 2010

forcing myself to open the eyes...

alhamdulillah. the 'catastrophic' part of submitting the research report finally ended. 2 weeks of having low quality of sleep really impaired our overall wellbeing. berkejearan ke hilir dan ke hulu, gara-gara the last minute Iraqian format. haha. my dear juniors, beware eh.

off to kelantan...
having a very pleasant sleep along the journey. hihi. very nice. totally not in the mood of going to kelantan for this oncology posting, apatah lagi kelelahan menyiapkan research masih belum hilang. HUSM memang sangat best. very peaceful indeed, compared to HTAA. menarik, except when it comes to the part tak paham apa yang orang2 kelantan itu bicarakan. hanya perkataan 'deh' yang bisa ditangkap. hihi.

sorrow...
sedih. tak bersemangat. frustrated. but, please, hum! stop dwelling in that frustration. it will keep your eyes shut to the wholeness of the situation. forcing myself to open the eys now. even though i have to bear with all the hardships, just enjoy the pressure. yeah!! (fakhru, 2010).

rabbi yassir wa la tu'assir

Wednesday, March 31, 2010

Don't you ever stop!

Never stop seeking the guidance from Allah.

dwelling in my own dilemma
in the middle of my struggle to analyze all the data for my final year project (owh, all those 290 samples does give me a headache! have to really 'squint' my eyes looking at the 100+ chi square tables. master in chi square, perhaps? hihi). whilst, i have this 'chronic' type of dilemma regarding my career pathway. huh! luckily when i called my mom yesterday, i felt a very deep relief. feel sooo grateful to have a very understanding mother, that will always give her 'restu' to any of the choices that i make. siap tanya lagi, "nak suruh mak doa macam mana ni?" (sebab mak pun macam pening-pening dengar aku plan a, b, c, d, n seterusnya..hihi). tak cukup dengan memeningkan diri sendiri, a few of my colleagues were also affected. jadul? hehe.

yang penting sekarang, istikharah tanpa henti. never, ever, stop seeking the guidance from Allah, as He knows the best. apa-apa pun yang bakal berlaku, pasti ada hikmahnya. for those who read this entry, please tadah kedua belah tangan anda, n read this together with me:


"semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat Khamisah dan seluruh umat Islam, dan mengurniakannya kejayaan di dunia dan akhirat. dan semoga Khamisah dan sahabat-sahabatnya bertambah-tambah kerajinan dan kesungguhan untuk menyiapkan research mereka. ameen"

thanks for your prayer! ^_^


will this be the road not taken, or the road that will be taken? hmmm..



p/s: syafakallah, to my dearest brother, hud, as he was diagnosed positive for Influenza A. sedih sebab tidak dapat pulang ke rumah. huhu. to all, take care of your own health. mak kata sekarang banyak virus. so, silalah jadi extra pembersih..

Friday, March 5, 2010

aku dan feminism...

sekolah rendah
mula tak faham kenapa cikgu asyik suruh budak lelaki jadi ketua kelas. yang pasti penolong ketua kelas kena perempuan. kenapa mesti penolong eh? sama jugak dengan semua jawatan. ketua pengawas lelaki. ketua librarian pun lelaki. tapi waktu ni bodoh-bodoh lagi. hingus pun masih meleleh. apa cikgu cakap, ikutkan saja.

sekolah menengah
aku masuk sekolah menengah harian biasa, alhamdulillah masuk kelas arab. hampir-hampir tergoda dengan pujukan kawan-kawan untuk stay di kelas yang konon-kononnya ranking pertama (bukan kelas arab).
bermulalah episod berada di kelas arab. ustazah adibah kata budak lelaki kena duduk depan. aku pun tanya ustazah. ustazah kata:


ada ayat al-Quran: arrijalu qawwamuna alannisa' (an-Nisa': 24). 'lelaki adalah pemimpin kepada perempuan'.

"maka, bila duduk di depan, ia seperti syiar (lambang) yang lelaki adalah pemimpin kepada perempuan. bukan bermakna perempuan tu lemah bila Allah kata lelaki lebih kuat daripada perempuan. cuma, bila mereka memimpin, mereka ada tanggungjawab yang lebih. mereka kena 'tanggung' segala amanah dan 'jawab' atas segala yang diamanahkan".

jawapan ustazah aku amati sungguh-sungguh. sampaikan timbul kegeraman bila melihat kaum-kaum adam yang agak 'liat' untuk berada di hadapan, especially bila hadir ke majlis-majlis ilmu. lagi-lagi bila ada yang kurang sensitif pada sifat malu si hawa apabila berada di hadapan muslimin. it's a kind of a culture nowadays. perempuan yang akan berpusu-pusu ke hadapan berbanding kaum lelaki.

menara gading
Allah takdirkan aku berada di satu lapangan yang di'monopoli' oleh kaum wanita. one by one peristiwa yang berlaku menyebabkan aku rimas dengan kerenah-kerenah wanita yang terlampau beremosi ni (NOTE: BUKAN SEMUA!). tiada lagi tenang bila melihat wanita-wanita yang sedemikian (walaupun sudah berjawatan tinggi, berpangkat, dan sebagainya). tiada lagi zuqq yang aku rasa bila mereka mencurahkan ilmu. pedih telinga mendengar leteran, cacian, makian, umpatan dan kejian yang sekaligus menutup terus kesucian ilmu yang sepatutnya dipelihara oleh golongan murabbi (pendidik) ini. 'stress' dijadikan alasan untuk menghemburkan kata-kata nista pada yang tak berdosa. mungkin sebab ni perempuan tak sesuai jadi pemimpin? sila jawab sendiri..

men are from mars, women are from venus!
raikan setiap perbezaan yang ada. masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. lelaki perlukan perempuan. perempuan jugak perlukan lelaki. timbul kepincangan bila masing-masing terlampau ego dan merasakan diri sendiri yang lebih hebat. sedangkan ramai yang lupa yang paling mulia di sisi Allah adalah yang bertaqwa, tidak kira lelaki ataupun perempuan!

p/s: agak kecewa bila ada lelaki yang seolah-olah malas berusaha dan berasa selesa dengan jumlah mereka yang sedikit. please wahai lelaki-lelaki yang beriman! buktikan pada feminist2 tu, bahawa Islam adalah syumul dan kedudukan wanita diiktiraf sungguh-sungguh di dalam Islam!

ISLAM IS THE BEST! ^_^

Sunday, February 7, 2010

silent mode...

my first entry for this year, 2010. too many things happened that really struck my emotions, n eventually leaving me too exhausted to scribble down in this blog. bak kata orang, some things are better left unsaid. daripada cakap or tulis anything that will annoy other people, lebih baik diam, right? hihi.

back to school again!
it was so fascinating. sungguh seronok dapat kembali ke sekolah. one night experience in Maahad Kajang, was truly amazing. alhamdulillah, berjaya collect 160 samples in less than 2 hours. thanks a lot to adik farah n hafizuddin yang bertungkus lumus melayan kerenah kakak yang seorang ni. A.hud jugak sebab setia menunggu di dalam kereta. hihi. God Bless!

finally the hardships of collecting the data in SMK Bandar Baru Bangi ended yesterday. fuh, sungguh penat berulang alik dari kuantan ke bangi (pura-pura penat, sebenarnya seronok yang lebih). paling seronok bila guna alasan collect data untuk balik rumah. "eh, hum balik lagi?" common question asked to me. skema jawapan:"a'ah, nak collect data (sambil buat muka kasihan, dan serba salah, walhal dalam hati sangat gembira yang tak terkata ^_^)"

despite all the money that i had spent untuk balik (owh, sudah hampir pokai), i really enjoy this whole thing of going to the schools.

i am not done yet
there are still plenty of things to be done. but yet, the time left is so limited. after this, the catastrophic part (na'uzubillah) of analyzing the data will begin. huhu. semoga segala urusan dipermudahkanNya.

p/s: will be going back to kuantan tomorrow. kemalasan melanda. *_*

Monday, December 28, 2009

percutian yang amat seronok!

it was supposed to be a.hud & k she's honeymoon. but, it ended up aku n iqah pun muncul sekali. ini semua gara-gara the spooky house. hihi. sangat-sangat best! the breathtaking view berjaya melapangkan fikiran yang agak kusut kebelakangan ni. alf syukran abg hud n kak she ^_^ (iqah too, for making me realize how talented i am in taking the pics. hee)







so, who's next? hihi

Sunday, December 27, 2009

mabruk, ya akhi!

Muhammad Hud & Nur Hasiba
18th dec 2009 / 1 muharram 1431 hjr
kota bharu, kelantan





congrats abg hud n kak she. berakhir sudah zaman bujang abangku yang seorang ini. hihi. semoga sentiasa beroleh mawaddah dan rahmah.


Barakallahu lakuma... barakallahu 'alaikuma... wa
jama'a bainakuma fii khair

Tuesday, December 8, 2009

mencintai bumi UIAM

this semester will be my final semester in IIUM. to be frank, only now i do realize how grateful i am to be in this garden of knowldege and virtue...

how i end up studying in here
menyorot kembali sejarah lama... lepas spm, dapat offer ke pusat asasi UM. tapi, aku berkeras kat mak n bapak, aku taknak pergi sebab nak tunggu offer UIA. (haha... i don't know what's in my mind at that moment... yang aku tau, aku mesti masuk UIA, even though i know nothing about UIA... humm, apakah?^_^)

my best years
i can say that being in matric pj for two years was my best years of life. i really love the environment. tempat yang aku sungguh gilai dan rindui -the LIBRARY-. bila takde kelas, sangat-sangat suka duduk di library. yang pelik, bukan untuk study subjek-subjek pelajaran, tapi searching for all genre of books. tempat baca surat khabar, a.k.a. "kapal terbang" (kak timah n ija should know this) pun dah cukup untuk menghiburkan hati aku. other than that, konsert nasyeed yang sangat banyak! i think i never miss any one of it. hoho. semua pun aku layan
ramadhan.... kenangan yang teramatlah indah apabila berterawikh di masjid sebelah UIA tu. not only during ramadhan, even waktu-waktu biasa pun rasa terpanggil-panggil untuk ke masjid tu (walaupun sisters takdela berpeluang untuk ke sana sekerap brothers... hu. sigh~)

kuantan..oh..kuantan...
what can i say after i entered kuantan campus? masjid? dari first year sampaila dah final semester ni, tiang-tiang ceracak masih lagi tersergam indah... library? buku-buku yang ada, tersangatlah limited... konsert nasyid? boleh dibilang dengan jari...

ria said: maka bersyukurlah!
apa yang tiada sering dikesalkan. inilah fitrah manusia, kan? tapi aku tak mau jadi manusia yang kufur. maka, hum, bersyukurla dengan apa yang ada di bumi UIAM ni. rasa sangat teruja bila baca entry dalam blog ibu neli menara gading..menara ilmu... al-azhar, havard dan uiam.


my dear friends,
people look up upon us- the IIUM graduants! UIAM berjaya melahirkan ramai para ilmuan. Triple ICE, satu konotasi yangtak mungkin aku jumpa di mana-mana universiti pun kat Malaysia ni. by holding firmly on the IIUM vision and mission, percayalah, anda bisa menjadi seorang Muslim yang super hebat! (kalau tak percaya, check semula visi dan misi UIAM. hihi)

manfaatkan segala apa yang kita perolehi di bumi UIAM ni. even though we may not find the true picture of IIUM among some of the residents, why don't we, ourselves become the true image of IIUM itself - potraying the true colours of IIUM - the garden of knowledge and virtue

note: pastinya jadul ber'bulu' bila baca entry aku kali ni.. hahaha